Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

Jan 28, 2015

Neutral Lebih Baik

Petang yang hambar. Macam tu lah hambar kita punya life sekarang. Rasa nak meluah. Bukan kata jemu. Aku cuba untuk cover selagi mampu. Sebab aku tahu jasa kau begitu besar. Sampai aku tak tahu samada mampu untuk aku balas balik atau pun tak. Rasa yang kau pendam dan kau deny tu kadang nampak sangat. 

Ya, kau tak pernah bermaksud. dan tak pernah menujukan rasa pada sesiapa. Aku sendiri tak pernah bagi harapan yang menggunung. Sekadar mengikut irama lagu. Menari pada rentak. Itu saja yang aku mampu. Aku tak pernah beri kata apa-apa. Sebab aku taknak mana-mana hati rasa terluka. Bukan aku tak tahu sejarah hidup kau. Takkan sekali lagi. Disebabkan aku? Aku tak nak jadi orang yang sama seperti dalam sejarah.

Penat nak kena ulang benda yang sama. Terikat. Aku belum bersedia untuk commit pada yg satu. Biar reationship tu gila, jangan diri sendiri gila kerana cinta. 

Aku tahu,
setiap apa yang kau tulis, itu aku.
setiap apa yang kau fikir, itu aku.
cuma aku rasa aku belum mampu.

Aku tahu,
setiap apa yang kau tulis, itu perlianmu.
setiap apa yang kau tulis, itu harapanmu,
tapi mengapa harus begitu.

Aku tahu,
kasih menebal rasa di hatimu,
kasih memaksa untuk kau bersama aku
cuma aku rasa aku belum mampu.

Aku tak nak dua hati terperosok dalam sendu.
Biarkan ia begitu.

“Rindu itu terlalu asyik,seperti gula-gula kapas yang manis,di-makan lidah rasa seperti di-sula begitu juga rindu—yang di-sangkut pada dahanan—ingin di-cabut namun lena terbenam.” Embun Karina

No comments:

Post a Comment