PATUNG
By Amier
Qadri
Sebaik sahaja celik, benda pertama
aku capai adalah handphone. Rutin
pagi yang aku buat sambil melayan rasa malas untuk bangun. Instagram. Itu sudah
pasti. Sorotan aktiviti dunia semalam dan notifikasi liked dan followed.
Aku bangun dan terus ke dapur.
Segelas susu dan biskut cukup untuk aku sebagai sarapan. Alkisah hidup lelaki
bujang.
‘Kringgg kringg...’ bunyi loceng
bergema di pagi hari dengan memikirkan siapa. Tombol pintu dipulas dan dibuka.
Tiada siapa-siapa, cuma ada sebuah bungkusan yang tertera pengirimnya seorang
lelaki, ‘Haikal Ryan’. Siapa?
Disebabkan curiousity aku melonjak
naik, bungkusan tu aku tak biar lama. Aku koyak dan aku buka. Walaupun ada
sedikit fantasi klise yang aku rasakan ada bom didalamnya.
‘Patung?!’
Kiriman SMS diterima sebaik sahaja
aku keluarkannya. ‘Hai, saya pasti awak
dah terima bungkusan tu, thats for you! Muah!- Haikal’ Gila! Entah
siapa-siapa. Aku abaikan hari itu dengan persoalan ‘Siapa dia?’
***
Sejurus celik, seperti biasa, handphone
tidak lekang dek jari. Ikon Instagram aku sentuh, terpamer segala sorotan
gambar di hari semalam. Notification oren muncul di skrin dengan bilangan 150
bentuk hati. ‘haikal_ryan liked your
photo’ Semua?! So here he is.
Profilnya dibuka, sesuatu.
Gambar-gambarnya, sesuatu. Dasar homo. What
the hell! Patung tu aku buang.

