Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

Nov 17, 2016

Rapuh Sang Hati

Is love so fragile and the heart so hollow. 
Shatter with words impossible to follow 
You're saying i'm fragile. 
I try not to be.
 I search only for something I can't see.
-Stevie Nicks

Assalamualaikum

Ya aku faham sekiranya hak memilih adalah hak masing-masing. Tapi kadang-kadang ada perkara yang berlaku di luar jangkaan kita. Bercakap soal hati sememangnya perkara yang sering dialami oleh setiap individu. Adakalanya kau akan rasa sedih untuk tidak semena-mena dek kerana wujudnya perasaan yang kau sendiri tak faham. Adakah kau cukup kuat untuk atasi segala mainan perasaan dan aku percaya bukan satu perkara mudah untuk kau pulih dari pedihnya rasa sembilu kasih menusuk jauh di lubuk hati kau.

Satu keadaan yang mana kau cuba untuk bangkit dari rasa down mungkin disebabkan rasa tersisih oleh mainan cinta? Atau mungkin perasaan yang kau pendam dan tidak terluah disebabkan wujudnya perhubungan yang telah di friendzone kan oleh crush kau sendiri dan kesudahannya kau yg sakit melihat kemesraan yang mereka tunjukkan pada kau? Mungkin terlalu banyak sebab yang kemungkin boleh berlaku apabila cinta itu wujud dalam perhubungan, cuma rasa pedih dan luluh itu adalah berbeza based on the level of your love towards your partner.

Kenapa kau perlu bangkit?! Itu persoalannya.

Perasaan itu tuhan kuniakan pada setiap individu dan ia adalah subjektif. Bagaimana kawalan terhadap perasaan itu membawa kau ke jalan yang bahagia atau sengsara. Percaya atau tidak kau sedang menjadi pelakon dalam sebuah perhubungan yang secara asasnya kau sedang bersendiri. Kau bermain cinta yang awalnya kau impikan segalanya indah. Namun pada pertengahannya, segala lembah perjalanan kau tempuh dan mungkin ia akan tamat dgn baik atau tidak itu adalah bergantung pada bagaimana kau atasi perkara tersebut.

Rapuh.

This entry end here. Kalau ada cadangan, komen atau isu yang nak dibicarakan, find me here.
TWITTER & INSTAGRAM : @amierqadri

No comments:

Post a Comment