Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

Aug 17, 2015

Payah

Perkara yang paling payah aku rasakan dalam hidup bilamana kau perlu membuat keputusan. Sebab yang pasti hasil keputusan yang dibuat itulah bakal mengubah kehidupan kau samada makin baik atau makin sengsara. Salah pilih, naya..

Aku tersepit dalam dua rasa yang masing2 aku kira itu adalah kehendak aku. Ternyata impian yang aku
pernah tetapkan dulu kini rigid dalam laluan yang mudah untuk dicapai. Dan yang nyata lagi, impian yang baru sahaja aku tanamkan seperti mahu gugur rasanya. Entah berjaya atau tidak, aku masih lagi membuka peluang rasa itu untuk terus berjuang sampai satu masa aku perlu akur dengan takdir ditetapkan Tuhan. Kalau ini yang terbaik, aku terima. Tapi tidak pernah berhenti untuk mencuba.

Begitu payah kalau keputusan melibatkan masa depan. Semua orang pernah alami perkara ini. Bahkan ini yang menjadikan kita semakin dewasa dan matang. Membuat keputusan yang tepat. Cuma pada situasi yang berbeza. Sedangkan Perdana Menteri gundah rombak kabinet dan hasilnya? Cemuhan orang ramai rata-ratanya bantah hanya untuk menutup isu wang ringgit yang entah dari mana datangnya. Ada pula penderma yang masih lagi baik hati dalam dunia. Tapi kenapa negara ini? Rasanya ada lagi negara Islam yang betul-betul memerlukan wang itu. Dan yang pasti mereka lagi dalam kesusahan. 

Keputusan yang salah buruk bahananya. Aku tak mahu jadi seperti pemimpin kita. Aku tak mahu setiap tindakan aku dicemuh dan menjatuhkan aku ke jalan kegagalan. Pilihan semuanya dalam akal fikiran yang Tuhan kurniakan untuk berfikir bukan untuk kepentingan diri sendiri dan ia bergantung pada kekuatan iman yang kau boleh bandingkan seperti kulit bawang itu? 

No comments:

Post a Comment